Wednesday, December 29, 2010

Pasang niat

Macam biasa la bila penghujung tahun. mulalah kita semua mengedik nak pasang azam untuk tahun baru, tapi azam tahun lepas entah capai entah tidak. (orang yang tulis ni pown sama jgk.. hehehe)

Jom kita pasang niat baru untuk tahun 2011 !!

Tahun 2010 ni saya akan menamatkan zaman kanak-kanak ciku sebab da time saya plak pakai jubah purple bln 8 tahun depan.

Abes je belaja kalau ada rexeki nak la terus keje bley la tampung mak ayah cikit membantu pe yang patut. Suci murni kan hasrat saya =p . Padehal sebenarnya da berangan nak beli kete ferrari seketul. lesen da dapat walaupun muke macam tak yakin je drive so,, awal-awal saya nasihatkan kepada sesiapa yang tiada insuran janganla tumpang kereta saya (ayat orang kedekot).

Setiap tahun saya mesti cakap nak kurus, nak kurus dan tak mahu gemok lagi tapi xpenah dapat, tahun depan saya tak nak beranggan untuk kurus tapi saya nak makan secara sihat means makan sayur, oat, roti, dan kurangkan makanan berminyak dan berlemak.(Sambil mulut penuh dengan cekelat cadberi).

Okey la tu je yang saya rasa nak niat tapi kita tengok jela penghujung tahun 2011 nanti mesti niat kena rotate. Tak salahkan?

No comments: